Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 30 Oktober 2016

Tokyo Hamfest 2016 yang mungkin kali terakhir...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

tiada banyak yang dapat saya tuliskan kecuali tatapan gambar sahaja.  Pada Ogos yang lepas saya kembali ke Tokyo Hamfest, cuma kisah yang buatkan saya terjebak untuk ke sana lagi kerana pada awalnya Allahyarham Rizal 9M2RDX beberapa kali mengajak saya ke sana lagi. 

Saya agak keberatan untuk ke sana lagi kerana kekangan jadual harian, takut bila dah rancang tiba-tiba saya mungkin kena bertugas pulak. Hinggalah di awal ramadhan lepas saya menerima berita yang agak memeranjatkan, saudara Rizal Temerloh (panggilan kami) telah dijemput mengadapNya.

Arena radio amatur di malaysia kehilangan seorang ham radio yang sangat hebat dan menjiwai hobi ini. Boleh saya katakan di beberapa kelompok ham radio yang saling bersaing, Allahyarham adalah orang yang paling disenangi pada kesemua kelompok.

Berbalik pada tajuk di atas, sepeninggalan 9M2RDX saya dimaklumkan rombongan beliau yang akan ke sana adalah 4 orang. Kami berusaha menjejaki team ini dan akhirnya bertemu dengan Azehan 9W2AEV. Dengan perbincangan dengan 9M2AU dan 9W2WF kami mengambil keputusan sama-sama membantu Azehan dan team ke Tokyo Festival.

Ketiadaan Allahyarham membuatkan beberapa rakan mengundur diri, tetapi Alhamdullillah Abang Talib 9W2TLB ikut serta.. Ketika di airport kami berjumpa dengan Cikgu Rahman 9M2AR Dan Roto Bakar 9M2RB yang juga akan ke Festival.


Baju yang telah siap dicadangkan oleh Azehan untuk ke Tokyo Hamfest 2016


Agak sayu bila lihat gambar ini...


Kami ke Tokyo saja kali ini.. antara kedai wajib singgah di Akihabara..


Cikgu Rahman berbelanja jam yang diminatinya.


Roti Bakar..


Lawatan ke pejabat JARL.. Hebat


Spesifikasi Ferrite Core yang bakal kami beli nanti.. yg merah atau kuning?


Bergambar kenang-kenangan di luar Big Sight Tokyo lokasi Festival.


Di Odaiba... mirip US...


Bagi sesiapa yang nak ke Festival ini tahun depan, tarikh nya 3 dan 4 September 2017. malangnya ianya 2 hari selepas Raya haji.


Di luar Big Sight


Stok makanan..


Boleh dicuba homebrew


Malamnya kami melayani suasana Tokyo yang juga kebetulan bersamaan dengan minggu Bon Odori.


Melihat simbolik Big Sight buat kali terakhir..


Tren ke lokasi... Yurikome, meliputi odaiba hingga lah ke Big Sight


Gundam City (Aqua City)


Minggu festival Bon Odori.. kelihatan gegadi berkimono di mana-mana..




Suasana masih meriah...


Dan terima kasih auntie klang (orang malaysia) yang menguruskan hotel di mana kami menginap... terbaik.. walaupun bilik air open (mandi bogel) tapi kolam sauna dia sangat luas.


Hasil tangkapan... teleskopik pole.

Malamnya sebelum pulang, Tokyo mengalami gempa bumi dan esoknya pula taufan menghentam pinggir Tokyo. Alahamdullillah kami berjaya mengharunginya dengan selamat. Dari kiraan kos dimana kami hanya berkitar di Tokyo agak jimat sebenarnya. RM800 bagi tiket flight dan kos hotel RM500, lebih kurang RM1500 keseluruhan kos kami termasuk tren. Mungkin jika ada peluang boleh 'repeat' lagi hhehehehhe...

Hingga jumpa lagi.... 73!


Related Posts with Thumbnails